1. Home
  2. /
  3. Artefacts
  4. /
  5. Peralatan Memasak

Peralatan Memasak

Cooking And Serving Implements

Beberapa jenis peralatan dapur untuk memasak seperti Ulayan Gagawih (penukul kayu) digunakan sebagai penumbuk dan mencampurkan ramuan-ramuan. Manakala kuhah kayu (sudu kayu) dan ulayan (penyaring kayu) digunakan untuk membuat pelbagai jenis lauk dan kuih. Tangkai ulayan dihiasi dengan pelbagal ukiran ataupun ukil, dengan saringan yang diperbuat daripada tempurung kelapa di penghujungnya. Jenis kepingan biskut nipis yang dipanggil kuih sipit diperbuat daripada alat yang rata dan nipis yang dipanggil pasalakan sipit, mempunyai hiasan timbul yang boleh dipindahkan sehingga menjadi kuih sipit apabila alat ini diletakan di atas api untuk dimasak. Begitu juga, kuih baulu terbentuk daripada dulang pembakar acuan yang pelbagai jenis dan Pasalakan baulu ini pula boleh digunakan untuk membakar ataupun dikukus. Manakala dulang tembaga yang pelbagal versi pula kadangkala digunakan oleh budaya yang lain untuk menghidangkan makanan, tetapi bagi budaya Bajau talam digunakan semasa majlis-majlis khas seperti upacara dan majlis perkahwinan untuk memaparkan berian si pengantin perempuan. Tugtugan ataupun bekas untuk membakar kemenyan pula digunakan sebagai bekas untuk membakar kemenyan semasa upacara-upacara ritual. 

Various cooking utensils such as the ulayan gagawih (wooden pounder) are used to pound and mix ingredients while the kuhah kayu (wooden spoon) and the ulayan (a sieve ladle) are used to make various types of savoury dishes and Kuih (cakes). The handle of the ulayan is usually decorated with ukil (carved motif) and is attached to a coconut sieve at the other end. Wafer biscuits known as kuih sipit, are made on flat metal discs called pasalakan sipit, embossed with decoration that are transferred to the wafer when the device is placed over a cooking fire Similarly, kuih baulu are made in baking trays of different moulds, pasalakan baulu, which are used for baking or steaming. Although versions of the brass tray or talam are used by other cultures to display or present food, for the Bajau it is used only during special occasions such as rituals and weddings to display the bridewealth. The tugtugan is traditionally a clay receptacle, is used during rituals to burn incense. 

Edit Template