1. Home
  2. /
  3. Artefacts
  4. /
  5. Pelamin Perkahwinan

PELAMIN PERKAHWINAN BAJAU SEMPORNA

THE BAJAU WEDDING DAIS

Majlis perkahwinan Bajau Semporna merupakan salah satu majlis yang sangat unik dan penuh dengan warna-warni. Majlis ini selalunya melibatkan beberapa proses serta upacara ritual yang mungkin diadakan beberapa hari dan adakalanya berterusan sehingga diberkati dengan air bunga ros oleh para ahli keluarga, sanak-saudara, rakan-rakan serta para tetamu. 

 

Laluan menuju ke rumah pengantin pula akan dihiasi dengan bendera-bendera kecil yang dikenali sebagai tipas-tipas. Pada laluan pintu masuk pula akan dihiasi dengan sambulayang iaitu bendera besar bersesungut seperti sotong atau obor-obor yang melambangkan suatu majlis penting sedang diadakan. Perhiasan-perhiasan seperti ini biasanya mempunyai kepentingan dalam suatu ritual. 

 

Pada hari perkahwinan, wajah pengantin perempuan dan jarinya serta jari pengantin lelaki akan diwarnakan dengan inai yang dikenali sebagai magpasal. Menjelang subuh pula kedua-dua pengantin ini akan dimandikan mengikut adat ritual di rumah masing-masing diiringi dengan paluan gong dan kulintangan muzik tradisi yang dikenali sebagai titik tag’na. Paluan gong ini melambangkan sebagai pengumuman kepada penduduk kampung bahawa majlis perkahwinan tersebut sedang berlangsung di kampung itu. 

 

Selepas upacara ritual permandian selesai kedua-dua pengantin akan dipakaikan pakaian pengantin  dan proses ini dipanggil sebagai magsandi badju dan muka mereka dihiasi dengan susuk sangkil di rumah masing-masing. Pengantin lelaki serta rombongannnya akan ke surau atau masjid untuk majlis akad nikah (mengikut adat Islam) atau dikenali sebagai magbatal. 

 

Selepas selesai acara magbatal, acara muoah pangantin akan diadakan iaitu pengantin lelaki serta rombongan akan menuju ke rumah pengantin perempuan bersama berian atau mahal untuk diberi kepada pengantin perempuan. 

 

Sebelum pengantin lelaki tiba, pengantin perempuan akan duduk di atas pelamin dan ditutup dengan beberapa lapisan sarung atau tabir yang dipanggil magdinding. Setibanya pengantin lelaki di rumah pengantin perempuan, paluan gong akan dipalukan sebagai tanda untuk mengalu-alukan ketibaan pengantin lelaki serta rombongannya. Berian akan diletakkan di tepi pelamin sebelum acara magsanding berlangsung. Pengantin lelaki akan dinyanyikan lagu-lagu ritual yang dipanggil magsayair oleh ahli-ahli keluarga pengantin perempuan. Kemudian pengantin lelaki diminta untuk membuka lapisan-lapisan tabir tersebut dengan membayar denda biasanya dalam bentuk wang berdasarkan lapisan tabir tersebut. Selepas tabir terakhir dibuka, maka kedua-dua mempelai akan duduk bersama di atas pelamin dan akan diberkati oleh ahli keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan terdekat. Kedua-dua pengantin akan magsandi badju bergantung kepada beberapa jenis baju yang dipersetujui oleh kedua-dua mempelai dalam majlis itu. Muzik paluan gong akan dimainkan untuk hiburan para tetamu dan mereka juga dijemput untuk mempersembahkan tarian yang dipanggil magigal. 

The wedding celebrations of the Semporna Bajau are colorful and often elaborate events. They involve various processes and a series of ritual ceremonies that may extend over from a few days to several weeks depending on the means and status of the families to be united. The most important paraphernalia and central feature of the wedding is the gaily decorated wedding dais or kamah placed in the house. On it, the newlyweds would sit to be presented as a married couple to the guests, friends, immediate family, and close relatives, who would bless them with rose water. 

 

A decorated pathway to the house is flanked by a series of small triangular flags called tipas-tipas. A large banner with tentacles like an octopus or jellyfish called sambulayang is placed at the gate entrance to symbolize that an important ceremonial event is taking place. All of these decorations have ritual significance. 

 

On the actual wedding day, the bride’s face, fingers, and the groom’s fingers are painted with a special henna paste called magpasal. At dawn on the wedding day, both bride and groom perform their ritual bathing at their respective homes, accompanied by a gong and kulintangan ensemble music called titik tag’na. The gong beating announces to the villagers that a wedding is to take place at the village. After the ritual bathing and cleansing, the bride and groom at their respective homes will don their wedding costume called magsandi badju and apply make-up called susuk sangkil. The groom and his entourage will proceed to the surau or mosque for magbatal or akad nikah (according to Islamic rites) bringing along the bride wealth or mahal. After the magbatal, the groom and his entourage will proceed in a procession to the bride’s house called muoah pangantin bringing along the mahal or bride wealth for the bride. Before the arrival of the groom, the bride would have been seated on the wedding dais and screened from view by several pieces of cloth or sarong as curtains called magdinding. Upon arrival at the bride’s house there will be gong and kulintangan ensemble music to welcome the groom and his entourage. The bride’s wealth is placed beside the wedding dais. Before the magsanding, the groom will be seated, and the bride’s family will sing a special ritual song to the groom called magsayair. Then, the groom will be asked to remove several pieces of the curtains by paying a ritual fine, usually money to the attendants of the curtains. When the final curtain is removed, the couple will be seated together on the wedding dais (kamah) to be blessed by their immediate family, relatives and close friends. The couple will magsanding badju depending on how many weddings attire that they agree to have for the wedding ceremonies. Gong music is played to entertain the guests, who will also be invited to a dance performance called magical. 

Edit Template