Nisan

GRAVE POSTS

Nisan Bajau yang dikenali sebagai Sunduk , kebiasaannya ianya ditanam di atas kepala si mati. lanya berbentuk silinder yang berukir menandakan si mati adalah seorang lelaki manakala nisan yang leper dan mempunyai lebih banyak ukir merupakan sunduk untuk wanita. Sunduk biasanya diperbuat daripada kayu dan pada zaman dahulu nisan-nisan yang lama kebiasaannya diperbuat daripada batu karang. Bentuk Sunduk merupakan abstrak bentuk badan manusia: iaitu bahagian nisan untuk lelaki dan perempuan merupakan kepala, manakala bahagian tengah nisan perempuan pula merupakan bahagian pinggul perempuan. Manakala saiz dan bahagian tegak dan tengah sunduk yang sudah ditanam di tanah kubur melambangkan umur dan status si mati. Semakin besar sunduk dan semakin banyak ukiran sunduk tersebut menggambarkan orang tersebut sudah lanjut usianya serta disanjungi. Manakala bagi sunduk yang kecil pula menandakan nisan bagi kanak – kanak. Sunduk wanita yang diukir secara seni ukiran yang halus pula ke atas kayu akan ditanam terus ke dalam tanah ataupun di atas tapak khas kayu yang telah dipasang khas di tanah. Manakala sunduk untuk laki pula mempunyai tapak khas yang diukir sebagai penanda apabila nisan ditanam di atas kubur. Sunduk yang dipamerkan ini merupakan ukiran kayu dengan bermotifkan ukil lukis iaitu direkabentuk dari corak flora, manakala terdapat juga contoh-contoh nisan yang lain diukir bermotifkan hiasan geometri yang diilhamkan daripada tradisi Islam tempatan.

The Bajau sunduk (grave marker) is erected at the head of the resting place of the dead. Cylindrical-shaped grave posts are for males, while the flat carved planks are for females. The sunduk are generally made of wood, although there are examples of old grave markers made from coral. The shapes of the sunduk are abstract of the human body: the top of the male and female grave markers being the “head” and the mid-section of the female markers being the “hips”. The size of the sunduk, the upright element at the center of the enclosure of a grave, denotes the age and status of the deceased. The larger and more ornate the sunduk, the older and more highly regarded the individual, while a smaller sunduk would signify the grave of a child. Women’s sunduk consists of intricately carved planks that are fixed directly into the ground or set into a board in the ground while men’s sunduk may have a separate carved base. The sunduk displayed are made of wood carved with intricate ukil lukis (carved tits) in floral designs, although other examples are decorated with geometric motifs derived from Iocalized Islamic traditions. 

NISAN (SUNDUK RANDA/DANDA) 

NISAN (SUNDUK LALLAH) 

Edit Template